Dodge tamatkan pengeluaran sedan Charger

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 22 Disember yang lepas, Dodge akhirnya telah menamatkan pengeluaran bagi dua buah model pentingnya, iaitu Dodge Challenger dan Dodge Charger.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang dilayangkan warna Destoyer Gray.
 

d


Generasi ketujuh Dodge Charger telah diperkenalkan sejak tahun 2011 dan sejak daripada itu, pengeluar tersebut telah menghasilkan kira-kira 1.8 juta unit sedan.

Jumlah tersebut turut merangkumi beberapa varian yang dilengkapi dengan nadi Hellcat bentangan V8 supercharger.
 

Challenger


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Dodge turut mengakhiri pengeluaran bagi model dua pintu Challenger, di mana unit terakhir merupakan sebuah Challenger SRT Demon 170 dengan warna Pitch Black.

Apakah perancangan Dodge seterusnya?
 

Daytona


Jika anda masih ingat, Dodge sebelum ini telah memperlihatkan model konsep kereta muscle berkuasa elektrik Charger Daytona SRT, di mana terdapat perancangan untuk merealisasikannya pada lewat tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Model yang langsung tidak ditampal sebarang pelekat samaran itu menunjukkan persamaan rekaan yang…
Berita Global
  Enjin yang ditawarkan untuk pelbagai varian Charger dan Challenger menghasilkan sehingga 807…