Gambaran mobiliti elektrik masa hadapan dari Polestar

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peralihan kebergantungan kepada tenaga elektrik dalam industri pengangkutan bakal menyebabkan sesetengah elemen yang wujud dalam kehidupan masa kini bakal lenyap tidak lama lagi. 

Untuk memastikan elemen tersebut tidak pupus sepenuhnya, Polestar membawakan dua buah struktur ikonik pada acara Milan Design Week bagi membuktikan kepada umum keseronokan pemanduan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. 

Polestar berkolaborasi dengan pakar audio dan visual Sweeden, Teenage Engineering bagi merealisasikan dua struktur di bawah: 
 

Stesen minyak


Stesen minyak merupakan antara struktur bangunan dan mercu tanda yang menggambarkan pencapaian kejuruteraan manusia masa kini. 

Namun begitu, ia juga sebenarnya turut menggambarkan kadar kebergantungan kita kepada tenaga fosil yang kian surut saban tahun. 

Jika dunia kehabisan bahan fosil, stesen minyak bakal menjadi peninggalan sejarah, namun peranan bangunan ini sebagai pusat perjumpaan manusia akan kekal diteruskan pada era elektrifikasi mobiliti. 
 

Litar 'slot car'


Litar miniatur slot car ini memberikan gambaran keseronokan pemanduan menggunakan tenaga elektrik. 

Menggunakan tetapan yang interaktif, setiap pengunjung boleh merasai dan menyumbang idea sendiri dalam bentuk pergerakan, lampu dan bunyi bagi menjadikan ia lebih menarik. 

Acara Milan Design Week bakal berlangsung pada 9-14 April 2019 bertempat di Tortona District, Milan, Itali. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …