Gambar intipan Hyundai Elantra facelift tersebar - rupa bentuk yang lebih garang

oleh Mohamad Hanif|
Versi facelift Hyundai Elantra atau lebih dikenali dengan nama Avante di sesetengah pasaran telah dikesan tanpa sebarang pelekat penyamaran, dikatakan bakal diperkenalkan di Korea Selatan pada bulan hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan model Elantra sedia ada, Elantra facelift ini telah menggunakan reka bentuk muka yang lebih tajam serta sudut garisan yang yang tampak lari daripada kelaziman bahasa rekaan Hyundai. 


Elemen segitiga banyak mempengaruhi Elantra facelift ini terutama pada bahagian lampu hadapan dengan rekaan gril hadapan yang lebih tajam dan tirus berbanding model terdahulu. 

Perubahan juga turut dikesan pada bahagian belakang dengan lampu utama telah direka semula bagi mengimbangkan rekaan daripada bahagian hadapan, dan juga bumper belakang yang kini menempatkan ruang nombor pendaftaran kenderaan. 

 


Menurut laporan daripada sumber terhad, Hyundai Elantra ini dijangka akan menggunakan nadi kuasa 1.6 liter Smart Stream G (digunakan pada Kia Forte pasaran Korea) yang mampu menghasilkan 121 kuasa kuda dan dipadankan dengan Intelligent Variable Transmission. 

Jurukamera pengintip di sana juga turut mengesan beberapa unit Hyundai Elantra versi elektrik/plug in hybrid yang kini sedang diuji secara serius oleh Hyundai. 

Sama-sama kita nantikan kemaskini terbaharu daripada Hyundai. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Elantra generasi baharu ini mempunyai ukuran sepanjang 4,675 mm panjang, 1,825 mm lebar dan tinggi…
Berita Domestik
Sedan yang bakal memberikan saingan kepada model seperti Honda Civic, Toyota Corolla, dan Mazda3…
Berita Domestik
Hyundai Elantra 2021 dilancarkan pada Mac yang lalu dan ia bakal memberikan saingan secara terus…