Francais Fast and Furious akan berakhir pada filem ke-11

oleh Mohamad Hanif|
Francais filem aksi Fast and Furious bakal berakhir selepas filem yang kesebelas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Setiap cerita berhak mempunyai pengakhiran yang tersendiri," itulah yang cuba diungkapkan oleh Vin Diesel dalam satu temubual bersama-sama The Associated Press ketika mempromosikan filem F9.

"Saya tahu ramai orang berasa (Fast & Furious) tidak sepatutnya mempunyai pengakhiran, namun saya fikir setiap perkara yang baik perlu ada penamatnya. Ada sebab kenapa francais ini memerlukan filem akhir.

Vin turut memberikan bayangan dua filem terakhir itu bakal ditayangkan pada tahun 2023 dan 2024 selepas filem kesembilan F9: The Fast Saga bakal ditayangkan kepada umum pada 25 Jun ini di Amerika Syarikat.

Dua filem terakhir itu juga bakal menampilkan pengarah Tokyo Drift, Fast & Furious, Fast Five dan Fast 6, iaitu Justin Lin.

Menurut Lin, "F9 merupakan filem pertama di dalam bab akhir francais ini, jadi dua filem terakhir sepatutnya berfungsi sebagai penamat kepada pengembaraan setiap watak di dalam filem ini.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…