SAH: The Rock kembali dalam "Fast X: Part II", dan filem spinoff terbaharu

oleh Mohamad Hanif|
Filem kesepuluh francais Fast & Furious, Fast X telah pun bersiaran di panggung wayang sejak 18 Mei yang lalu, padat dengan aksi-aksi di luar jangkaan akal serta kehadiran semula beberapa watak yang tidak diduga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock Johnson di mana beliau muncul di dalam babak akhir pasca kredit.

Spekulasi kepulangan semula watak Hobbs dalam francais tersebut akhirnya terjawab menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial pelakon tersebut.

 


Dalam video itu, The Rock mendedahkan beliau akan muncul semula sebagai watak Luke Hobbs dalam dua filem akan datang.

"Pada filem Fast & Furious akan datang, anda akan melihat watak lagenda itu muncul di dalam filem HOBBS yang akan bertindak sebagai bab baharu untuk filem Fast X: Part II," ujarnya.

Laman Hollywood Reporter menambah filem HOBBS tersebut bukanlah filem kesinambungan kepada Hobbs & Shaw, akan tetapi sebagai FAST X.5 yang akan mengambil tempat sejurus selepas babak pasca kredit di mana Hobbs menerima panggilan daripada watak Dante (Jason Momoa).
 

the rock


Laporan terbaharu itu secara tidak langsung turut menjawab persoalan berkenaan masalah persengketaan antara pelakon tersebut dan produser Vin Diesel.

"Musim panas yang lalu, saya dan Vin telah bersetuju untuk melupakan masalah yang lepas. Kami akan meneraju (Fast & Furious) dengan persaudaraan dan tekad - dan sentiasa menjaga francais, watak dan para peminat yang kami cintai," jelasnya lagi.

Sumber: Comic Book Movie

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Ini kerana terdapat laporan terbaharu yang mendakwa pihak Universal Pictures mahukan bahagian akhir…