Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk mendedahkan tarikh debut filem ke-11 yang merangkap 'episod' kedua untuk filem Fast X.
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Instagram, Vin Diesel mengesahkan filem Fast X: Part II akan ditayangkan pada tanggal 4 April 2025, meneruskan kisah pertarungan dendam antara watak Dominic Toretto menentang antagonis Dante (Jason Momoa).
"Pada sesiapa yang tidak tahu Fast X merupakan bahagian pertama, akan tahu bahawa bahagian kedua akan menjadi satu usaha daripada keluarga Fast dan studio yang tidak pernah anda lihat sebelum ini," tulis Vin Diesel dalam Instagram-nya.
Tidak banyak info didedahkan buat masa ini.
Hope you’ve got your funderwear on…
— Dwayne Johnson (@TheRock) June 1, 2023
HOBBS IS BACK.
And he just got lei’d 🌺😈
Luke Hobbs will be returning to the Fast & Furious franchise.
Your reactions around the world to Hobbs’ return in Fast X have blown us away 🤯🙏🏾🌍
The next Fast & Furious film you’ll see the… pic.twitter.com/vvtBgTBOnl
Terdahulu, seorang lagi pelakon Dwayne The Rock Johnson mengesahkan kemunculan semula watak Luke Hobbs dalam filem ke-sebelas akan datang, serta bakal membintangi sebuah lagi filem spinoff yang akan bertindak sebagai prekuel kepada filem Fast X: Part II.
Sumber: Instagram Vin Diesel, Road & Track