Porsche 911 Carrera RS 3.8 "Mirage" jadi hero dalam filem Transformers

oleh Mohamad Hanif|
Bermula Jun ini, filem terbaharu Transformers: Rise of the Beasts akan mula menyerang panggung wayang di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan sebelum ini, geng Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime akan disertai oleh watak hero yang menyamar sebagai sebuah Porsche, atau lebih tepat lagi sebuah model bersejarah 911 Carrera RS 3.8.
 

mirage


Menurut ketua komunikasi pemasaran Porsche AG, Oliver Hoffmann berkata, "Porsche 911 Carrera RS 3.8 merupakan pilihan yang sempurna, bukan sahaja kerana filem tersebut mengambil tempat pada tahun 1994, akan tetapi disebabkan "Mirage" yang mempunyai perwatakan yang keras, namun berhati baik.

Sepanjang tempoh produksi, hanya 55 unit sahaja 911 Carrera RS 3.8 yang telah dihasilkan.
 

RS


Oleh sebab itu, tiada satu pun model asal digunakan untuk tujuan penggambaran, sebaliknya Porsche telah menghasilkan lima unit kereta yang menyerupai model 964 tersebut.

Setiap satu unit ditugaskan untuk fungsi berbeza, seperti contoh salah sebuah kereta diubahsuai untuk pemanduan mengundur pada kelajuan tinggi, manakala sebuah lagi dikhususkan untuk aksi lasak.

Namun begitu, sebuah model asli Porsche 911 Carrera RS 3.8 telah digunakan untuk memastikan runut bunyi yang dihasilkan menyamai model sebenar.