Ford Ranger bakal terima sentuhan talaan Hennessey Performance!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh dikatakan kita di Malaysia sangat beruntung kerana Ford SDAC sangat memahami keperluan dan kehendak para pembeli segmen trak pikap di sini. 

Tidak seperti Ford Ranger di Malaysia yang didatangkan dengan pilihan enjin 2.2 liter, 2.0 liter turbo tunggal dan 2.0 liter turbo berkembar untuk varian Wildtrak, Ford Ranger di pasaran Amerika hanya menerima enjin 2.3 liter twin-scroll turbo. 

Baca: Ford Ranger dilancarkan di Malaysia, lapan varian ditawarkan

Dalam keadaan standard, enjin EcoBoost tersebut mampu menjana kuasa 270 hp dan daya kilas 420 Nm yang memacu keempat-empat roda menerusi transmisi auto 10 nisbah kelajuan. 
 

Ford Ranger 2019


Tiada pilihan, Hennessey Performance merancang untuk memberikan sedikit suntikan kuasa kepada Ford Ranger tersebut supaya pemanduan trak pikap tersebut lebih meriangkan. 

Menurut wakil daripada syarikat penala yang pernah menghasilkan F-150 VelociRaptor 6x6, talaan kepada Ford Ranger ini hanyalah sekadar menukar intake kemasukan kepada jenis aliran tinggi, sistem ekzos cat-back dan talaan kepada sistem komputer Ranger. 

Hennessey mendakwa talaan tersebut mampu meningkatkan kuasa 270 hp kepada 350 kuasa kuda dan 522 Nm daya kilas. 
 

Ford Ranger 2019


Antara perubahan yang turut dibawakan adalah set bumper kustom off-road, lampu bantuan jenis LED, fender flare, tayar off-road 33 inci Toyo, rim Hennessey 10-spoke 18 inci, emblem Hennessey dan Velociraptor serta sistem suspensi dengan levelling kit

Setakat ini Hennessey masih belum mendedahkan harga dan bila kit ini boleh didapati, namun ia tetap didatangkan dengan jaminan standard tiga tahun atau 58,000 km jarak perbatuan.  

Sumber: Hennessey

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…