Ford Ranger baharu dilancarkan - lapan varian, harga jualan bermula dari RM90,888

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah melancarkan trak pikap Ranger serba baharu, kini dilengkapi dengan tiga pilihan enjin serta transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger 'Built Ford Tough' ini dibangunkan dengan keupayaan dan kemampuan off-road yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan kerja dan gaya hidup pelanggan Ford yang pelbagai. 

Berikut merupakan perincian lapan buah varian trak pikap Ranger baharu yang dilancarkan oleh SDAC. 

 

Ranger 2.2L XL Single Cab MT


Enjin: Diesel empat silinder sebaris, VGT
Sesaran: 2,198cc 
Kuasa: 160 hp/385 Nm @ 1,600-2,600 rpm
Transmisi: Manual enam kelajuan
Sistem pacuan: 4x4
Kapasiti tangki: 80 liter
Sistem hiburan: Audio headunit, USB dan 4 speaker
Keselamatan: 2 beg udara, ABS, EBD, ESC, Kawalan cengkaman (TC), bantuan brek kecemasan (EBA), kawalan turun bukit (HDC), bantuan mula mendaki (HLA), Rollover Mitigation (ROM), Trailer Sway Control (TSC), Adaptive Load Control (ALC), cagak ISOFIX
Lampu utama: Halogen dengan DRL
Tayar/Rim: 255/70 R16, rim aloi
Muatan: 1.8 meter3

 

Ranger 2.2L XL MT


Tambahan: 
Muatan: 1.18 meter3

 

 

Ranger 2.2L XL AT

 

Tambahan:
Transmisi: Automatik enam nisbah kelajuan

 

 

Warna pilihan bagi ketiga-tiga varian di atas: Cool White, Meteor Grey, Aluminium Metallic

 

Ranger 2.2L XLT MT


Tambahan ciri kepada varian ini: 
Transmisi: Manual enam kelajuan
Tayar/Rim: 265/65 R17, Rim aloi
Sistem Wiper: Pengesan Hujan
Lampu utama: Projektor halogen dengan DRL
Sistem hiburan: SYNC 1, 4.2" Audio headunit dengan Bluetooth, Pengecaman suara, USB, dan 6 speaker
Keselamatan: kamera undur, cruise control, 
Tempat duduk: Fabrik premium

 

 

Ranger 2.2L XLT AT


Tambahan: 
Transmisi: Automatik enam kelajuan

 

Ranger 2.0L XLT+ AT


Enjin: Diesel empat silinder sebaris dengan VGT
Sesaran: 1996 cc
Kuasa: 180 hp/420 Nm @ 1750-2500 rpm
Transmisi: Automatik 10 kelajuan dengan SelectShift
Sistem pacuan: 4x4
Sistem hiburan: SYNC 3, Skrin sentuh 8 inci dengan Bluetooth, Pengecaman Suara, 2 Slot USB, 6 Speaker, sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay
Sistem paparan cluster: 2 skrin TFT bersaiz 4 inci
Tambahan kepada ciri keselamatan: sistem kemasukan tanpa kunci dan butang pandu mula.
Tempat duduk: kulit 
Kawalan iklim: Dual Zone
Lampu utama: Projektor HID dengan DRL LED
Tayar/Rim: 265/60 R18, rim aloi
Muatan: 1.18 meter3 dengan Easy Lift Tailgate

 


Warna pilihan: Aluminium Metallic, Lightning Blue, Frozen White, Magnetic, Absolute Black

 

Ranger 2.0L Wildtrak AT 


Tambahan kepada ciri di atas: 
Sistem pacuan: 4x2
Differential: e-Locking Rear Differential
Lampu kabus: hadapan LED
Tempat duduk: 8-way Power Adjustable Seat, kulit premium Wildtrak
Punca kuasa 230V AC: Standard
Keselamatan: Sama seperti di atas, ciri HDC ditiadakan.
 

 

Ranger 2.0L Wildtrak AT Bi-Turbo


Enjin: Diesel empat silinder sebaris, Bi-turbo
Sesaran: 1996 cc
Kuasa: 213 hp/500 Nm @ 1750-2000 rpm
Transmisi: Automatik 10 kelajuan, SelectShift
Sistem pacuan: 4x2
Differential: e-Locking Rear Differential
Lampu kabus: hadapan LED
Tempat duduk: 8-way Power Adjustable Seat, kulit premium Wildtrak
Punca kuasa 230V AC: Standard
Keselamatan: Tambahan kepada ciri keselamatan seperti Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Lane Departure Warning & Assist, Semi Automatic Parallel Parking (SAPP), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan ciri pengesan pejalan kaki dan kenderaan
 

 

Warna pilihan kepada varian Wildtrak: Frozen White, Magnetic, Absolute Black, Saber

Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

Ranger XL - bermula dari RM90,888.00
Ranger XLT - bermula dari RM109,888.00
Ranger XLT+ - bermula dari RM124,888.00
Ranger Wildtrak - bermula dari RM134,888.00

Harga jualan bagi Ford Ranger Raptor pula akan didedahkan semasa pelancaran rasmi varian tertinggi Ranger tersebut di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) pada November ini.

888 orang pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan Ford Ranger baharu mereka akan menerima baucer barangan elektrik bernilai RM1,000.

Manakala bagi mereka yang berjaya mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 31 Januari 2019 akan menerima tawaran berupa servis penyelenggaraan percuma selama 2 tahun, atau jarak perbatuan 40,000 km yang mana terdahulu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…