Ford dedah bunyi sebenar Ranger Raptor 2023 - garang!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika sesi pelancaran trak pikap generasi baharu Ranger sebentar tadi, Ford sengaja mendedahkan sebuah lagi teaser berbentuk kod QR pada minit akhir video pelancaran tersebut.

Saat anda mengimbas kod QR tersebut, ia akan membawa anda ke sebuah laman web khas yang disediakan oleh Ford Australia dengan satu video ringkas berdurasi 15 saat.

Tiada sebarang gambar didedahkan, melainkan tarikh pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada Februari tahun depan (2022), diikuti latar belakang bunyi enjin yang serba garang.

Adakah ia membawa petanda Ranger Raptor 2023 akan hadir dengan nadi V6 petrol?

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Berdasarkan laporan tahun lalu oleh CarExpert, mereka mendakwa Ranger Raptor generasi baharu akan dilengkapkan dengan enjin EcoBoost 2.7 liter bentangan V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Difahamkan, enjin 'Nano' tersebut mampu menghamburkan kuasa setinggi 325 hp dan 542 Nm, jauh lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Ranger Raptor sedia ada (210 hp, 500 Nm).

Namun untuk pasaran lain seperti Australia dan Asia, Ford Ranger Raptor diberitakan akan ditawarkan dengan nadi V6 3.0 liter, akan tetapi dengan talaan 255 kuasa kuda dan 600 Nm.

Ford Ranger generasi baharu yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari didatangkan dengan pilihan trenkuasa 2.0 liter diesel turbo tunggal atau Bi-turbo, diikuti enjin 2.3 liter EcoBoost (petrol).

Sementara pasaran tertentu akan menerima sebuah lagi nadi berkuasa bentangan V6, namun perincian setiap enjin tersebut tidak didedahkan secara jelas oleh Ford.

Sumber: Ford Australia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, kelibat model wagon itu sebenarnya telah pun dikesan…
Berita Global
Tanpa sebarang maklumat berhubung model apakah yang bakal diperkenalkan kelak, Mitsubishi mendakwa…
Berita Domestik
Teaser yang berbentuk lakaran rekaan oleh Volkswagen Commercial Vehicles itu mendedahkan serba…