Sayangnya, ia hanyalah satu berita palsu.
Namun, untuk rakyat negara yang serba-serbi besar termasuklah sesaran enjin (Amerika Syarikat-lah, mana lagi?), terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa generasi baharu Ford Ranger Raptor bakal ditawarkan dengan nadi bentangan V6 berkapasiti 2.7 liter.
Memetik laporan daripada CarExpert, media tersebut mendakwa mereka menerima bukti yang menunjukkan terdapat sesi ujian Raptor dengan enjin yang disebutkan tadi.
Screenshot daripada dokumen dalaman itu mengesahkan Ford Ranger Raptor telah dilengkapkan dengan enjin EcoBoost V6 2.7 liter 'Nano' yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
Difahamkan, enjin Nano ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 325 hp dan 542 Nm yang memacu semua roda.
Sebagai perbandingan, Ford Ranger Raptor yang dijual di pasaran pada ketika ini didatangkan dengan enjin diesel 2.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasikan 210 kuasa kuda dan 500 Nm.
Sementara itu untuk pasaran lain seperti Australia dan Asia, Ford Ranger Raptor diberitakan akan ditawarkan dengan nadi V6 3.0 liter, akan tetapi dengan talaan 255 kuasa kuda dan 600 Nm.
Selain daripada enjin baharu, Ford Ranger Raptor akan dilengkapkan dengan spesifikasi yang sangat impresif seperti suspensi Fox, set rim dan roda khusus, serta binaan rangka yang lebih kukuh.
Sumber: CarExpert