Ford dan Sime Darby Auto Connexion raikan Bulan Prihatin Global, sumbang kepada komuniti tempatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ford Motor Company bersama pengedar rasminya di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion telah meraikan Bulan Prihatin Global tahunan dengan memperluas sokongannya terhadap program komuniti terpenting.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bulan Prihatin Global diperkenalkan oleh Ford Volunteer Corps, sebuah kumpulan rangkaian global yang terdiri daripada ribuan pekerja Ford dan pesara yang dihimpunkan di bawah pengurusan Ford Motor Company Fund.

Bulan Prihatin Global 2023 menandakan tahun ke-18 komitmen berkenaan dilaksanakan untuk memastikan kesan khusus di seluruh dunia dalam memperkukuh komuniti dan membantu meningkatkan kualiti hidup di seluruh dunia.

 

2

 

Ford Motor Company Fund akan menyediakan sejumlah USD20,000 (RM94,000) dalam bentuk geran kepada dua organisasi bukan berasaskan keuntungan di Malaysia, iaitu Yayasan Keamanan Global dan Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Sumbangan itu bagi menyokong projek yang memberikan tumpuan terhadap pembinaan semula rumah dan menaik taraf kemudahan sekolah di kawasan komuniti tersebut.

Dari jumlah tersebut, Festival Keamanan Global Malaysia akan menerima geran bernilai USD10,000 untuk membantu mengubahsuai rumah dan meningkatkan bekalan makanan bagi sejumlah 17 keluarga.

 

3

 

Dengan matlamat untuk mewujudkan komuniti Orang Asli yang berdaya tahan dan kukuh, Festival Keamanan Global Malaysia telah bekerja sama dengan pelbagai komuniti yang kurang bernasib baik di Semenanjung dan juga Malaysia Timur sejak 10 tahun lalu.

Program tersebut diwujudkan untuk memenuhi keperluan sebenar setiap komuniti, dari keperluan asas hinggalah kepada capaian untuk pendidikan, kesejahteraan hidup dan pemberdayaan ekonomi.

 

4

 

Manakala geran bernilai USD10,000 lagi akan diserahkan kepada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia untuk baik pulih dan naik taraf kemudahan sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, makmal komputer, dan kemudahan lain di kawasan luar bandar.

Diasaskan oleh ahli komuniti Orang Asli, pasukan persatuan itu sentiasa bersama untuk mempertingkatkan kualiti komuniti terlibat dari pelbagai cara, termasuklah bantuan banjir, kesihatan, bekalan makanan, dan perhimpunan masyarakat terutama di daerah Slim River.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua balai bomba Abington, John Nuttall menyalahkan Ford Motor Company kerana gagal menyelesaikan…
Berita Global
Menurut laporan CBS News, wakil jurucakap memberitahu CBS MoneyWatch dalam satu emel yang berbunyi…
Pelancaran
Menggunakan platform Ranger T6 yang dipertingkatkan, Ranger serba baharu kali ini jauh lebih…