Ford, Mercedes-Benz keluar dari pasaran Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Ford dan Mercedes-Benz merupakan pengeluar automotif terkini yang mengumumkan langkah untuk menutup sepenuhnya operasi di negara Rusia, susulan serangan negara itu ke atas Ukraine.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan CBS News, wakil jurucakap memberitahu CBS MoneyWatch dalam satu emel yang berbunyi, "Kami mengesahkan niat Mercedes-Benz untuk keluar dari pasaran Rusia, dan bakal menjual pegangan di dalam syarikat subsidiari kepada syarikat pelabur tempatan.

Mercedes-Benz sebelum ini telah pun menghentikan eksport kenderaan penumpang dan van ke negara Rusia, malah mereka juga turut menghentikan operasi pemasangan tempatan di Rusia sejak awal tahun lalu.
 

kamaz


Namun dalam satu laporan berasingan oleh Automotive News, Mercedes akan mengekalkan 15 peratus pegangan di dalam syarikat pengeluar trak Rusia, Kamaz.

Selain Mercedes-Benz, Ford juga turut mengumumkan langkah untuk keluar dari pasaran tersebut, disusuli dengan penjualan 49 peratus saham di dalam syarikat kerjasama Sollers Ford Joint Venture.

Sama seperti Nissan, Ford juga diberikan peluang untuk membeli kembali saham syarikat tersebut dalam tempoh lima tahun sekiranya situasi global berubah.

Sumber: CBS News, Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bulan Prihatin Global diperkenalkan oleh Ford Volunteer Corps, sebuah kumpulan rangkaian global…
Berita Global
Ketua balai bomba Abington, John Nuttall menyalahkan Ford Motor Company kerana gagal menyelesaikan…
Pelancaran
Menggunakan platform Ranger T6 yang dipertingkatkan, Ranger serba baharu kali ini jauh lebih…