Ketua Balai Bomba Abington bengang dengan Ford, ambulans F-550 tersadai 6 bulan tanpa enjin baru

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah ambulans Ford F-550 2019 yang dimiliki oleh Abington Fire Rescue dilapor tersadai selama enam bulan disebabkan masalah kegagalan enjin berfungsi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua balai bomba Abington, John Nuttall menyalahkan Ford Motor Company kerana gagal menyelesaikan isu yang dihadapi disebabkan oleh 'masalah rantaian bekalan'.

Menurut Nuttall, enjin ambulans tersebut masih lagi dilindungi oleh jaminan waranti dan perlu digantikan, namun disebabkan ambulans tersebut tersadai tanpa sebarang pembaikan, pasukan bomba Abington terpaksa bergantung kepada sebuah lagi ambulans sejak Oktober yang lalu.

"Ini merupakan satu masalah besar, kerana sebuah ambulans bernilai $300,000 tidak boleh digunakan langsung pada ketika ini.
 

Abington


Untuk menampung operasi menyelamat, pasukan bomba Abington terpaksa meminjam ambulans daripada Whitman dan Norwell, serta dua buah ambulans tahun 2008 dan 2015 yang sudah berusia.

Timbalan Ketua Bomba Abington, Jack Glynn berkata mereka sanggup mengembara ke seluruh negara untuk mendapatkan enjin baharu sekiranya diperlukan.

"Jika Ford Motor Company memberitahu kami esok, "Hey, kami sudah mendapatkan enjin untuk ambulans anda,' kami akan terus mengambilnya," ujar Glynn lagi.

Sementara itu, wakil media Ford memberikan respons kepada emel Boston 25 dengan menyebut, "kami sedang meneliti isu ini untuk melihat bagaimana kami dapat memberikan bantuan kepada pelanggan ini."

Sumber: Boston 25