FLUX lancar pelan langganan motosikal pertama di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat perkhidmatan langganan kereta eksklusif Malaysia, Flux kini meluaskan lagi penawaran khidmat langganannya dengan memperkenalkan pelan langganan untuk motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
2

 

Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai sehenti untuk pengguna yang ingin melanggan kereta atau motosikal.

Anda boleh melanggan mana-mana motosikal berenjin petrol atau EV untuk tempoh paling singkat iaitu 24 bulan atau selama 60 bulan.

 

3

 

Flux menawarkan perkhidmatan All-In-One di mana anda bukan sahaja mendapat  motosikal, malahan ia meliputi insurans, cukai jalan, penyelenggaraan dan alat ganti terpilih.

Apa yang menariknya, Flux menawarkan satu-satunya perkhidmatan langganan yang membolehkan anda melakukan bertukar-tukar antara kereta dan motosikal.

 

4

 

Flux turut menawarkan Langgan Milik untuk semua motosikalnya, di mana anda pada mulanya boleh melanggan motosikal dengan pilihan untuk membelinya pada penghujung langganan dengan harga yang rendah.

Untuk pelancaran baharu itu, Flux menawarkan pelbagai jenis motosikal dari pelbagai kelas seperti Honda Wave 125i, Yamaha 135LC, Honda RS150R, Yamaha Y15ZR, serta skuter elektrik Blueshark R1 dan R1 Lite.

 

5

 

Jika berminat, pengguna boleh memilih pelan langganan mereka (24, 36 atau 60 bulan) dan pakej perbatuan (2,000 KM, 2,750 KM atau perbatuan tanpa had setiap bulan) untuk motosikal.

Berdasarkan kepada motosikal dan pelan langganan dipilih, Flux menetapkan Nilai Masa Hadapan Terjamin (GFV) yang unik di mana anda boleh membeli motosikal pada penghujung tempoh langganan.

Sebaik sahaja anda berpuas hati dengan pilihan anda, anda hanya menempahnya dalam talian, kemudian Flux akan menghantarnya ke depan pintu anda dalam masa 7 hari.

 

6

 

Pada penghujung langganan, anda boleh memilih sama ada ingin membeli motosikal berasaskan selepas GFV atau mengembalikannya.

Jika dibandingkan dengan pinjaman kedai yang sering diambil oleh orang ramai, Flux menawarkan nilai bayaran muka dan bulanan yang lebih rendah berbanding pinjaman kedai.

Tentu sekali, Flux merupakan alternatif terbaik kepada pinjaman biasa, dimana ia menawarkan kesederhanaan, fleksibiliti, kemudahan dan kewangan yang lebih rendah terhadap pemilikan motosikal.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara pameran itu bakal diadakan di ibu pejabat Flux bertempat di Solaris Mont Kiara pada 28 Ogos…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…
Berita Domestik
Anda boleh memandu pulang bersama Tesla 3 (jarak 576 km setiap cas penuh) dengan harga bermula RM7,…