Menangi langganan Mercedes-Benz EQE 350+ AMG Line di pameran "Merdeka Pop-Up Showroom" oleh Flux

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut semangat Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia, syarikat perkhidmatan langganan kereta Flux bakal menganjurkan pameran "Merdeka Pop-Up Showroom" pertamanya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Acara pameran itu bakal diadakan di ibu pejabat Flux bertempat di Solaris Mont Kiara pada 28 Ogos 2023, bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

 

2

 

Pameran oleh Flux itu bakal menampilkan pelbagai model kereta bermula dari kategori mampu milik seperti Honda WR-V baharu hingga barisan kereta premium seperti Mercedes-Benz EQE 350+ AMG Line.

Flux juga akan menawarkan pelbagai tawaran eksklusif menarik, di mana anda berpeluang memenangi langganan percuma Mercedes-Benz EQE 350+ AMG selama sebulan.

 

3

 

Flux sentiasa menawarkan penyelesaian kepada mereka yang mahi memiliki kenderaan tanla perlu memikirkan kebimbangan mengenai bayaran, insurans dan cukai jalan.

Diuruskan sepenuhnya oleh Flux, nikmati yuran tempahan RM0 dan tawaran diskaun eksklusif RM800, tersedia untuk semua tempahan yang dibuat semasa acara pameran tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…
Berita Domestik
Anda boleh memandu pulang bersama Tesla 3 (jarak 576 km setiap cas penuh) dengan harga bermula RM7,…