FLUX lancar pelan langganan baharu yang lebih murah

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Syarikat perkhidmatan langganan kereta Flux baru-baru ini telah perkenalkan pelan langganan mampu milik yang baharu, Flux Basic yang merangkumi langganan selama 60 bulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelan langganan kereta dengan pelbagai faedah menarik, ditubuhkan oleh Aziz Ayman dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

 

flux

 

Apabila melanggan dengan Flux, anda hanya perlu membayar secara bulanan sahaja tanpa perlu memikirkan tentang bayaran muka, cukai jalan, insuran, kos servis dan penyelenggaraan kerana semuanya akan ditanggung syarikat itu.

Flux memberikan pelbagai jenis pilihan kereta dari pelan langganan yang ditawarkan oleh mereka.

 

flux

 

Dengan pelancaran pelan baru Flux Basic, ianya menawarkan pelan langganan selama 60 bulan lebih mampu milik untuk mereka yang ingin memiliki kereta tanpa membuat pinjaman tempoh panjang.

Tidak seperti pelan langganannya yang lain, Flux Basic tidak menawarkan pakej percuma untuk wear & tear kereta dan anda perlu mengeluarkan duit sendiri bagi menggantikan komponen yang rosak.

Untuk anda pembaca berminat bagi mendapatkan pelan langganan itu, anda boleh terus layari laman web Flux atau hubungi mereka di talian 03 6411 5611.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara pameran itu bakal diadakan di ibu pejabat Flux bertempat di Solaris Mont Kiara pada 28 Ogos…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Anda boleh memandu pulang bersama Tesla 3 (jarak 576 km setiap cas penuh) dengan harga bermula RM7,…