FLUX tawar langganan EV Tesla Model 3, Model Y - serendah RM7,200/bulan

oleh Penyumbang Rencana 2|
FLUX kini menawarkan kenderaan elektrik (EV) Tesla model T dan 3 di dalam perkhidmatan langganan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda boleh memandu pulang bersama Tesla 3 (jarak 576 km setiap cas penuh) dengan harga bermula RM7,200 sebulan dan Model Y (533 km setiap cas penuh) pula hanya RM8,500/bulan.

Yuran tersebut merangkumi kos insurans komprehensif, cukai jalan, penyelenggaraan, serta kos penggantian barang pakai lusuh.

Ini termasuklah potongan harga sebanyak lima peratus diberikan untuk kesemua pelan langganan disertakan dengan pemasangan pengecas Wallbox (pemasangan asas sahaja) di rumah secara percuma untuk langganan selama 36 bulan.

 


FLUX turut memberikan jaminan selama empat tahun dari bampar depan hingga belakang kereta (bumper-to-bumper). Jadinya setiap bahagian kereta dilindungi sepenuhnya,

Perkhidmatan penghantar sehingga ke depan pintu rumah, penyelenggaraan dan pembaharuan dokumen juga disediakan.

Bantuan kecemasan tanpa had 24 jam 7 hari seminggu tanpa had seperti bantuan tepi jalan, perkhidmatan penghantaran kecemasan, dan pemulihan kecurian kereta di seluruh negara turut disediakan sebagai lapisan perlindungan tambahan.

Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang www.driveflux.com atau hubungi Khidmat Pelanggan FLUX di [email protected] /03 6411 5611. 
 


Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara pameran itu bakal diadakan di ibu pejabat Flux bertempat di Solaris Mont Kiara pada 28 Ogos…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…