Fast & Furious akan berakhir selepas filem kesebelas. Ye ke?

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan, bermula daripada filem yang memaparkan budaya penalaan kereta, perlumbaan jalanan, dan perebutan untuk menentukan siapa yang terpantas, francais Fast & Furious kini berkembang menjadi sebuah filem yang cuba untuk menyelamatkan dunia daripada anasir jahat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Filem pertama diterbitkan pada tahun 2001, dan disebabkan wabak pandemik COVID-19, filem kesembilan (F9: The Fast Saga) dijadualkan tayangannya pada Mei 2021, 20 tahun selepas filem yang pertama.

Namun, menurut laporan daripada media, selepas F9 akan ada dua lagi filem tambahan yang bakal menentukan pengakhiran cerita Fast & Furious.

Hal ini disuarakan sendiri oleh pengarah lima filem Fast & Furious, Justin Lin yang mengesahkan dua filem tersebut bakal menampilkan watak-watak utama termasuklah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel dan Sung Kang.

 


Ini tidak bermaksud francais Fast & Furious akan berakhir begitu sahaja, disebabkan ia sudah tersedia popular di kalangan peminat yang tersendiri.

Malah sebelum ini Fast & Furious turut mempersembahkan sebuah filem spin-off Hobbs and Shaw yang turut mendapat sambutan hangat, serta sebuah lagi filem spin-off yang hanya menampilkan watak-watak heroin francais tersebut.

Benda dah boleh buat untung lebih, buat apa nak stop, ye dak?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menaikkan lagi keseronokan, penerbit filem telah memuat naik sebuah lagi trailer berdurasi…
Berita Global
Para peminat francais Fast & Furious pasti dapat mengenalpasti kesemua 24 unit kereta yang…
Berita Domestik
Menurut pertuduhan, Rohaizad dengan niat menakutkan anggota polis bertugas dalam sekatan jalan raya…