Lelaki Kanada ini ada koleksi 24 unit replika kereta Fast & Furious!!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi sesetengah orang, kereta merupakan sebuah mod pengangkutan yang mampu untuk membawa penumpang dari titik A ke titik B dengan selamat, namun bagi mereka yang fanatik, kereta merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para peminat francais Fast & Furious pasti dapat mengenalpasti kesemua 24 unit kereta yang dimiliki oleh warga Kanada ini.

Ini kerana boleh dikatakan hampir kesemua unit merupakan replika kepada kereta yang pernah digunakan di dalam filem aksi yang mengarut itu.

Salah satu koleksi yang terbaik adalah Nissan Skyline GT-R R34 Bayside Blue yang menyerupai unit yang dipandu oleh mendiang Paul Walker dalam Fast & Furious 4, serta Nissan Skyline GT-R ikonik daripada 2 Fast 2 Furious.

Selain daripada itu beliau juga turut memiliki jentera Supra oren, VW Jetta yang dipandu Jesse dalam filem pertama, serta sebuah Mazda RX-7 Veilside Fortune yang dipandu oleh Han dalam Tokyo Drift!

 


Dalam video Roads Untraveled, pemilik tersebut yang bernama Jorge mendedahkan kebanyakan unit replika yang dibelinya diimport secara terus dari Jepun, ada sebahagiannya sudah pun siap dimodifikasi, dan ada sebahagiannya perlu dihantar ke kedai untuk menjalani proses transformasi menjadi sebuah kereta replika filem.

Dan salah satu unit paling baharu yang diperolehnya adalah Toyota Supra 2020 yang dijadualkan bakal membuat kemunculan pada filem kesembilan.

Jorge juga dalam proses untuk mendapatkan lapan buah kereta replika pada masa akan datang, termasuklah unit Honda S2000 merah jambu yang dipandu oleh Suki dalam 2 Fast 2 Furious.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…
Berita Global
Lebih menarik perhatian apabila keempat-empat kereta ini dikatakan pernah digunakan di dalam…
Berita Domestik
Terdapat sehingga empat Batmobile yang boleh dikumpulkan, di mana setiap satu dijual berasingan…