Trailer terbaharu F9 The Fast Saga - macam-macam aksi ada!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah beberapa kali tayangan F9 The Fast Saga ditangguhkan akibat wabak pandemik COVID-19, namun sudah pasti para peminatnya kini tidak sabar menunggu tarikh keramat 25 Jun untuk menonton sendiri filem terbaharu yang melawan hukum fizik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menaikkan lagi keseronokan, penerbit filem telah memuat naik sebuah lagi trailer berdurasi tiga minit 20 saat yang memberikan kita idea jalan cerita yang menghubungkan antara watak utama Dominic Toretto (Vin Diesel) dan lawan yang merupakan abangnya sendiri, Jacob (John Cena).

Seperti biasa, tidak sah filem aksi Fast and Furious tanpa kehadiran pelbagai jenis aksi pemanduan menarik yang merangkumi babak kenderaan terbang, kejar mengejar, dan tidak ketinggalan aksi yang menggunakan elemen magnet bagi mengalahkan musuh.

Filem F9 The Fast Saga menampilkan kemunculan semula pelakon-pelakon terdahulu seperti Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chrus Ludacris, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, serta tidak ketinggalan Helen Mirren dan Charlize Theron.

Filem kesembilan ini akan diarahkan sendiri oleh Justin Lin yang turut sama mengarahkan filem ketiga, keempat, kelima dan keenam di dalam francais Fast and Furious.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Namun pada tahun 2019, mereka diberikan satu tugasan yang cukup unik - membangunkan sebuah tandas…
Berita Global
Kali ini, projek NSX bertrailer tersebut direalisasikan sendiri oleh Honda, di mana jentera 'satu…