EV pertama TOGG debut, mula dijual Q1 2023, jarak gerak hingga 500 km

oleh Mohamad Hanif|
TOGG
Minggu lalu, pendatang baharu di dalam industri automotif dari Turki, TOGG (Türkiye'nin Otomobili Girişim Grubu) merasmikan pembukaan fasiliti produksi kenderaan elektrik yang akan mula dijual menjelang suku pertama 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model pertama yang bakal menjengah pasaran kelak merupakan sebuah SUV elektrik segmen C yang masih lagi belum mempunyai nama rasmi.
 

TOGG


Namun, berdasarkan informasi yang diperoleh, EV pertama TOGG itu bakal ditampilkan dengan opsyen motor elektrik tunggal atau motor elektrik berkembar, dan dua pilihan kapasiti pek bateri dengan jarak gerak maksimum 300 atau 500 km.

Fasiliti produksi TOGG itu dikatakan mampu untuk menghasilkan kira-kira 100,000 unit kenderaan setiap tahun, namun ia dijangka akan menghasilkan 17,000-18,000 unit sahaja untuk tempoh tahun pertama.
 

TOGG


Menjelang 2030, jenama itu menyasarkan produksi berjumlah 1 juta kenderaan untuk kelima-lima segmen, di mana empat lagi model dijangka menyusul iaitu sedan segmen C, hatchback segmen C, SUV segmen B, dan MPV segmen B.

Menurut laporan Daily Sabah, kenderaan yang akan dipasang oleh TOGG dijangka menggunakan 65 peratus komponen tempatan, berbanding sasaran awal 51 peratus sebelum ini menjelang 2025.
 

TOGG


Berdasarkan data penjualan kenderaan Turki, kereta elektrik bateri dan hibrid untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini masing-masing mencatatkan 1.1 peratus dan 9.8 peratus, peningkatan daripada 0.4 peratus dan 8.6 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Peratusan pegangan pasaran itu dijangka akan meningkat dengan kehadiran jenama tempatan TOGG bermula tahun depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Global
"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan. "Togg adalah simbol kepada…
Berita Global
Sejak dibuka pada 16 Mac yang lalu, TOGG telah berjaya menerima sambutan yang cukup…