SUV elektrik TOGG T10X dapat sambutan hangat, 177 ribu tempahan diterima!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Turki, Türkiye'nin Otomobili Girişim Grubu (TOGG) baru-baru ini telah membuka tempahan bagi model SUV elektrik pertama mereka T10X.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sejak dibuka pada 16 Mac yang lalu, TOGG telah berjaya menerima sambutan yang cukup memberangsangkan, iaitu sekitar 177,467 unit tempahan.

Daripada jumlah tersebut, hanya 20,000 orang pertama akan membawa pulang SUV tersebut pada tahun ini, dan cabutan undian akan dibuat bagi menentukan siapa yang layak.
 

T10X


Untuk permulaan, TOGG T10X boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal 218 hp pacuan roda belakang dengan dua pilihan pek bateri - masing-masing membenarkan jarak gerak sejauh 314 km atau sehingga 523 km.

Pecutan 0-100 km/j pula adalah sepantas 7.6 saat.

Versi motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda pula mempunyai kuasa setinggi 435 hp, dan pecutan 0-100 km/j dalam 4.8 saat.
 

T10X


TOGG T10X AWD ini dijangka akan diedarkan pada 29 Oktober tahun ini.

Sistem bateri T10X ini turut menyokong pengecasan pantas di mana bateri boleh dicas dari 20 hingga 80 peratus dalam tempoh kurang 28 minit.
 

T10X


Harga jualan TOGG T10X bermula dari TRY 935,000 (RM215,252) sementara versi jarak jauh dijual pada harga TRY 1.215 juta (RM279,713).

Sebelum ini, syarikat itu mengumumkan angka pengedaran sebanyak 12,000 unit pada tahun 2023, namun disebabkan permintaan yang tinggi angka tersebut dilonjakkan kepada 20,000 unit.

Sumber: AA