Togg pamer sedan elektrik pertama T10F di CES 2024, jarak gerak 600 km

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Consumer Electronics Show (CES 2024) Las Vegas, syarikat automotif dari Turki, Togg (atau nama penuhnya Türkiye'nin Otomobili Girişim Grubu) mempamerkan sedan elektrik pertama mereka, T10F.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar yang terhubung' - bertepatan dengan tema EV masa kini.  

Togg T10F merupakan sebuah sedan fastback di dalam segmen C, dan tampil dengan beberapa konfigurasi trenkuasa elektrik.
 

togg


Versi asas motor elektrik tunggal pacuan belakang berupaya menghasilkan 218 PS dan daya kilas 350 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat.

Sementara versi pacuan semua roda dengan dua motor elektrik pula menghamburkan kuasa setinggi 435 PS dan daya kilas 700 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j kini sepantas 4.6 saat.
 

togg


Kapasiti pek bateri tidak didedahkan, namun Togg T10F menjanjikan jarak gerak sejauh 600 km untuk versi RWD, atau sehingga 530 km untuk versi AWD (data WLTP).

Togg turut mengesahkan model T10F ini menyokong pengecasan pantas DC 180 kW, di mana pek bateri boleh dicas dari 20 hingga 80 peratus dalam tempoh 28 minit sahaja.
 

Togg


Ruang kabin Togg T10F pula menempatkan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infohibur lebar sebesar 29 inci, skrin tambahan sebesar lapan inci untuk kawalan iklim, serta ciri lain seperti pemanas roda stereng, serta pengecas peranti pintar tanpa wayar.

Sementara ruang kargo belakang pula menawarkan kapasiti sebesar 500 liter, atau sehingga 1,350 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Menurut laporan, Togg T10F akan dilancarkan secara rasmi di Turki pada tahun depan, sebelum ia ditawarkan di pasaran Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan. "Togg adalah simbol kepada…
Berita Global
Sejak dibuka pada 16 Mac yang lalu, TOGG telah berjaya menerima sambutan yang cukup…
Berita Global
Model pertama yang bakal menjengah pasaran kelak merupakan sebuah SUV elektrik segmen C yang masih…