Erdogan jadi pemilik pertama kereta EV Togg, T10X keluaran Turkiye

oleh Penyumbang Rencana|
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menjadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran negara itu pada Isnin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan.

"Togg adalah simbol kepada pembangunan teknologi, perkembangan ekonomi dan reputasi global negara kita," kata Erdogan pada majlis penyerahan SUV segmen-C kereta elektrik Togg di Ankara menurut agensi.

Togg diasaskan pada 2018 sebagai usahasama lima syarikat. Namanya ialah akronim untuk Türkiye'nin Otomobili Girişim Grubu — Kumpulan Usahasama Automobil Turki Inc. Syarikat tersebut merancang untuk mengeluarkan 17,000 hingga 18,000 kereta elektrik di ibu pejabatnya di Gemlik di barat laut Turkiye.

Prototaip kereta itu telah diperkenalkan oleh Kumpulan Usahasama Automotif Turkiye (Togg) pada Disember 2019. Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev turut menjadi antara pemilik terawal kereta elektrik keluaran negara itu.

 

togg

 

T10X, salah satu daripada lima model yang dikeluarkan oleh jenama itu. Harga bagi model standard T10X bermula daripada 953,000 lira Turkiye (sekitar AS$49,600) hingga 1.05 juta lira untuk jarak pemanduan 314 kilometer, manakala model jarak jauh anggaran 520km antara caj berharga hampir 1.22 juta lira, menurut statistik yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan 1 juta kereta dalam lima model berbeza menjelang 2030.

Versi pacuan empat roda akan berada di pasaran menjelang akhir Oktober dan eksport ke Eropah dijangka bermula pada penghujung 2024.

Kereta EV tersebut boleh dicas daripada 20 peratus kepada 80 peratus dalam masa kurang daripada 28 minit, kata Togg.

 

togg 2

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Hal itu bukan saja berlaku di bandar tersebut, tetapi di beberapa kawasan di China, sekali gus…
Berita Domestik
"Dalam mengambil kira masa depan serta Belanjawan 2024, tumpuan kita jelas kepada keterangkuman…
Berita Domestik
  "Ada syarikat tertentu terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sanggup memperjuangkan (…