Energica Experia - jentera touring elektrik, jarak tunggangan sehingga 420 km

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Energica yang terkenal dengan barisan motosikal berkuasa elektrik kini tampil dengan sebuah lagi jentera baharu, dinamakan sebagai Energica Experia Green Tourer.

Reka bentuk jentera touring yang 'hijau' ini dilihat mengambil inspirasi daripada Ducati Multistrada dan ia adalah tidak mengejutkan apabila ibu pejabat Energica sebenarnya tidaklah begitu jauh daripada kilang Ducati yang terletak di Borgo Panigale.

Experia dijana dengan motor elektrik tunggal yang serba kompak, di mana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 102 hp (80 hp kuasa malar) dengan daya kilas 115 Nm.

Pek bateri berkapasiti 22.5 kWh (19.6 kWh yang boleh digunakan) itu menawarkan jarak tunggangan sejauh 420 km untuk tunggangan dalam bandar, atau sehingga 209 km jika anda lebih gemar melayan lebuh raya.
 

Energica


Ia turut menyokong pengecasan pantas DC dengan masa sepantas 40 minit untuk pengecasan 0-80 peratus, beserta pengecasan Tahap 1 (di rumah) dan Tahap 2 (pengecasan umum).

Menurut Energica, mereka menggunakan teknologi baharu dalam usaha untuk mengurangkan berat pada komponen yang paling berat, seperti contoh motor elektrik kompak tersebut dikatakan 10 kg lebih ringan.

Selain itu, Energica turut menyifatkan jentera touring ini sebagai sebuah motosikal yang lincah pernah dihasilkan, teruma kasih kepada pek bateri yang ringan, serta sistem stereng yang lebih cepat dan responsif.

Sistem suspensi Experia menggunakan komponen ZF Sachs, diikuti dengan brek radial Brembo dan sistem Cornering ABS 9.3 MP yang mampu menawarkan sehingga enam tahap kawalan cengkaman.
 

Energica


Experia turut menawarkan ciri kawalan jelajah dan skrin paparan berwarna yang mampu menawarkan sehingga empat mod tunggangan, tiga mod yang boleh disesuaikan dan tidak ketinggalan empat tahap sistem brek regeneratif yang boleh dipilih.

Namun, secara keseluruhan, jentera ini masih lagi agak berat, sekitar 260 kg berbanding BMW R 1200 GS Adventure.

Antara kemudahan yang ada pada jentera elektrik ini termasuklah sepasang slot pengecasan USB pada papan pemuka, dan sepasang lagi yang boleh didapati pada ruang storan kalis air.
 

Energica


Energica turut melancarkan Experia versi Launch Edition di mana pembeli boleh mendapatkan pannier hardcase dengan storan sebesar 112 liter, penambahan bar khas, bolt, pendikit dengan ciri pemanas dan rim aluminium dengan aksen warna merah.

Tiada sebarang tanda harga didedahkan, namun tempahan sudah boleh dibuat bermula 1 Jun ini diikuti dengan penghantaran pada bulan Ogos tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Akhbar Kompas.com bertarikh 17 Mac 2020 melaporkan Energica selaku pengeluar motosikal elektrik…
Berita Global
Untuk itu, Energica yang merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal elektrik berpangkalan di…
Berita Global
Bolid-E merupakan sebuah motosikal elektrik konsep yang dibangunkan oleh Energica dengan kerjasama…