Energica mahu bangunkan ciri bantuan penukaran laluan untuk motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Seperti mana yang kita semua maklum, aspek keselamatan motosikal masih lagi ketinggalan di belakang, tidak seperti kereta yang kini cukup lengkap dengan pelbagai jenis ciri yang mampu membuatkan anda tidak perlu risau ketika memandu.

Untuk itu, Energica yang merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal elektrik berpangkalan di Itali bekerjasama dengan sebuah universiti di Jerman dalam membangunkan ciri keselamatan khusus untuk para penunggang motosikal.

Topik kerjasama mereka tidak lain dan tidak bukan adalah ciri bantuan penukaran laluan (lane change assist) yang digelar sebagai Project E2R.
 


Menggunakan mekanisme yang serupa pada kereta masa kini, ciri keselamatan ini menggunakan sistem kamera yang mampu mengesan titik buta motosikal, sekaligus memantau jarak daripada kenderaan depan dan belakang sebelum 'membantu' penunggang menukar laluan dengan selamat. 

Sistem ini juga dilihat mampu menganalisis keadaan semasa dan memberikan input kepada penunggang terutama ketika keadaan kritikal. 

 


Menurut wakil daripada German University of Applied Sciences “Hochschule für Technik und Wirtschaft des Saarlandes”, mereka amat bertuah kerana dapat diberikan peluang bekerjasama dengan Energica dalam membangunkan ciri keselamatan untuk motosikal demi memastikan keselamatan lebih terjamin ketika menunggang. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Bolid-E merupakan sebuah motosikal elektrik konsep yang dibangunkan oleh Energica dengan kerjasama…