Energica Bolid-E - gambaran motosikal pintar masa hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak kurang pelbagai model kenderaan yang menarik dipaparkan ketika acara EICMA Milan Motorcycle Show 2018 sedang berlangsung, dan salah sebuahnya merupakan sebuah motosikal konsep yang digelar Bolid-E.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bolid-E merupakan sebuah motosikal elektrik konsep yang dibangunkan oleh Energica dengan kerjasama daripada Samsung Electronics Italia dibawah satu projek dengan kod nama Smart Ride. 

Antara ciri teknologi terkini yang hadir pada projek Smart Ride ini ialah penggunaan kamera berdefinisi tinggi dan dua buah 'cermin digital' bagi menggantikan penggunaan cermin sisi konvensional. 
 


Input yang diperolehi daripada kamera yang terpasang pada depan dan belakang motosikal ini kemudiannya dipaparkan menerusi dua buah peranti Samsung Galaxy di terletak di posisi cermin sisi kiri dan kanan tadi. 

Selain daripada memaparkan imej secara langsung ketika tunggangan di atas jalan, kedua-dua buah peranti tersebut boleh diubahsuai paparannya mengikut keperluan. 

Sebagai contoh ketika menghadiri acara lumba pada hujung minggu, mereka boleh menukarkan fungsi cermin sisi tersebut kepada rakaman kamera aksi, dan boleh memainkan kembali rakaman tersebut bagi memperbaiki skill meratah selekoh. 

Menarik fungsinya bukan? 

Cuma jangan pula ada yang cuba untuk tonton filem ketika sedang menunggang. 
 


Menggunakan teknologi Near field Connectivity, atau NFC, motosikal ini boleh dikunci dan dinyahkunci menggunakan peranti jam tangan pintar Galaxy watch bagi menggantikan peranan kunci fizikal.

Teknologi ini turut dilengkapi dengan ciri 'kebenaran menyahkunci' yang boleh dipindahkan kepada rakan-rakan dengan persetujuan daripada tuan empunya badan sebelum mereka menggunakan motosikal elektrik Bolid-E ini.

Ini bermakna, selagi ada di antara rakan-rakan mempunyai sebuah jam pintar Galaxy, mereka boleh menggunakan motosikal ini dengan kebenaran daripada pemilik asal. 
 


Motosikal ini dibangunkan menggunakan asas daripada Eva EsseEsse 9 yang dilengkapi dengan motor elektrik magnet kekal 80 kW dan pek bateri 11.7 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 150 km dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Jarak 200 km boleh dicapai sekiranya mode tunggangan ECO digunakan, manakala untuk mengecas kembali bateri, set pengecasan pantas mampu memberikan kapasiti sehingga 85% dalam masa hanya 30 minit sahaja.