Energica masuk Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menyediakan ruang buat para pengeluar automotif khususnya kenderaan elektrik, kerajaan Indonesia juga nampaknya aktif menyediakan tempat untuk motosikal elektrik bertapak di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Akhbar Kompas.com bertarikh 17 Mac 2020 melaporkan Energica selaku pengeluar motosikal elektrik berjaya menandatangani perjanjian dengan syarikat peneraju pengedaran motosikal di Indonesia, Utomocorp untuk meluaskan lagi pengaruh mereka.

Difahamkan, Energica bakal membawa masuk tiga model utama iaitu jentera sport reraup penuh Energica Ego+, jentera street fighter Energica EVA Ribelle dan naked bike Energica EVA EsseEsse9.

Menurut Energica, pasaran Indonesia merupakan salah satu pasaran penting buat mereka dan ia merupakan satu langkah awal untuk meningkatkan pembangunan komersil khusus untuk rantau ASEAN.

Indonesia merupakan salah satu pasaran terpenting di dalam industri dua roda, dimana tahun lalu sahaja negara itu berjaya mencatatkan penjualan motosikal melebihi angka 6 juta, menjadikannya ketiga tertinggi di dunia di belakang India dan China.

Bagi memastikan Indonesia kekal sebagai salah sebuah pasaran peneraju, kerajaannya turut menetapkan sasaran penjualan motosikal elektrik baharu melebihi angka 2 juta unit setahun menjelang tahun 2025.

 


Sumber: Kompas.com melalui RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk jentera touring yang 'hijau' ini dilihat mengambil inspirasi daripada Ducati…
Berita Global
Untuk itu, Energica yang merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal elektrik berpangkalan di…
Berita Global
Bolid-E merupakan sebuah motosikal elektrik konsep yang dibangunkan oleh Energica dengan kerjasama…