Elon Musk: Tesla Roadster sememangnya mampu 'terbang'!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 bakal menjelma tidak lama lagi, dan jika kita imbas kembali kenangan zaman lalu, sehingga sekarang bayangan kereta terbang masih lagi tidak kelihatan di dalam ruang udara Malaysia.

Nampaknya Elon Musk mungkin sedar akan perkara ini dan mengulangi kenyataan yang pernah dibuat suatu ketika dahulu menerusi satu siri kicauan di laman mikroblog Twitter akan perihal model akan datang Tesla Roadster yang mampu melakukan aksi terbang. 
 


Tidak diketahui bagaimana dan apakah mekanisme yang bakal diaplikasikan oleh Tesla, namun aksi yang anda saksikan selama ini di dalam filem futuristik Back To The Future yang dipaparkan oleh DMC DeLorean itu bakal menjadi kenyataan. 

 


Sebelum ini, Elon Musk memberikan bayangan bahawa Tesla Roadter akan menerima pakej daripada SpaceX dengan penggunaan roket sebenar pada kereta tersebut. 

 


Bayangkan dengan tujahan kuasa udara berkemampatan tinggi daripada bantuan pakej roket, sebuah Tesla Roadster sebenarnya mampu terbang pada masa akan datang. 

Secara tidak langsung, ungkapan kata-kata "I Believe I Can Fly" itu akan menjadi zikir anda suatu hari nanti. 

Add new comment

Careta Ad