Tesla Roadster telah bergerak sejauh 3 bilion km di angkasa lepas

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira empat tahun yang lalu, Elon Musk melancarkan Tesla Roadster ke angkasa lepas menggunakan roket Falcon Heavy SpaceX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak daripada itu, Tesla Roadster telah pun bergerak sejauh 3,202,452,124 km di angkasa lepas dan ia kini satu-satunya EV yang mampu bergerak lebih jauh tanpa sebarang perasaan kebimbangan jarak.

Data pergerakan Roadster tersebut boleh diakses menerusi laman web khas WhereisRoadster? di mana kereta tersebut

  • 377 juta km (atau 21.01 minit cahaya) dari Bumi
  • 312 juta km (17.39 minit cahaya) dari planet Marikh
  • 235 juta km dari kedudukan Matahari

 

Tesla


Menurut laman web itu lagi, sekiranya Tesla Roadster merupakan sebuah 'planet', ia mempunyai tempoh sepanjang 557 hari untuk melengkapkan orbit mengelilingi Matahari pada kelajuan 77,329 km/j.

Malah, Tesla Roaster itu telah pun melengkapkan pusingan orbit sebanyak 2.6471 semenjak dilancarkan ke angkasa lepas empat tahun yang lalu.

Sebagai perbandingan, Bumi memerlukan masa 365.25 hari untuk membuat pusingan orbit lengkap dengan kelajuan pergerakan sepantas 107,226 km/j!
 

Tesla


Menariknya, tindakan Elon Musk itu tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pakar astronomi, malah professor di Universiti Toronto menyifatkan ia tidak lebih daripada sebuah sampah angkasa lepas yang mahal.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…
Berita Global
Serentak dengan itu, pihak yang berminat boleh meletakkan wang tempahan bermula serendah $50,000 (…