Tesla berjaya edar hampir sejuta unit EV tahun 2021!

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CNN
Sepanjang tahun 2021, Tesla berjaya mengedarkan 936,172 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 87 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya memproduksikan 24,390 unit Tesla Model S dan Model X, dan mengedarkan sebanyak 24,964 unit kepada pelanggan.

Sementara produksi Model 3 dan Model Y pula mencecah angka 906,032 unit dengan 911,208 unit sudah berjaya dihantar sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya.

Suku keempat merupakan tempoh masa terbaik yang pernah dicapai, dengan angka produksi sebanyak 305,840 unit, dan sebanyak 308,600 unit telah dihantar kepada pelanggan.

Angka produksi tersebut dijangka meningkat dengan bermulanya pemasangan SUV Model Y di Texas dan Jerman, dan juga produksi trak Cybertruck (akhirnya!) yang dijangka bermula tahun 2023 di Texas.

Di saat Tesla masih lagi 'berhutang' dengan model-model Cybertruck, Semi dan juga Roadster, pengeluar EV itu kini sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah lagi model baharu untuk diposisikan di bawah Tesla Model 3, dengan harga jualan sekitar $25,000 (RM104,313).

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…