Elon Musk - Tesla akan berada di India secepat mungkin

oleh Penyumbang Rencana|
Usahawan jutawan Amerika Syarikat, Elon Musk, berkata bahawa syarikat pembuatan kereta elektriknya, Tesla, akan berada di pasaran India "secepat mungkin" dan akan membuat "pelaburan yang signifikan" dalam ekonomi negara itu, lapor CNN.


Beliau berkata demikian pada Selasa selepas bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, di New York.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya yakin bahawa Tesla akan berada di India dan akan berbuat demikian secepat mungkin ... India menjanjikan lebih banyak peluang daripada mana-mana negara besar di dunia.

Beliau (Modi) benar-benar mengambil berat tentang India dan mendorong kami untuk membuat pelaburan besar di India, yang merupakan sesuatu yang kami ingin lakukan, dan kami hanya mencari masa yang tepat," kata Musk kepada wartawan selepas pertemuan itu.

Musk juga berkata bahawa beliau "menantikan untuk membawa Starlink ke India," dan beliau akan melawat negara itu pada tahun depan.

Modi dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat dari 20 hingga 23 Jun, termasuk bandar New York dan Washington, dan beliau akan bertemu dengan Presiden Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris, dan Setiausaha Negara Antony Blinken.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…
Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…