Elon Musk kini bukan lagi individu terkaya di dunia

oleh Mohamad Hanif|
CEO Tesla Elon Musk kini bukan lagi lelaki terkaya di dunia setelah saham Tesla merudum 8.6% Isnin lalu.
Modenas

Kejatuhan saham Tesla ini sekaligus memadamkan kira-kira $15.2 bilion daripada nilai bersih Elon Musk, menjadikan penurunan terbesar terhadap nilai Tesla semenjak September.

Penurunan tersebut didorong sebahagiannya oleh ciapan Musk berhubung harga kriptowang Bitcoin 'yang masih lagi tinggi', dan ciapan tersebut dibuat dua minggu selepas Tesla mengumumkan penambahan nilai sebanyak $1.5 billion Bitcoin.

Disebabkan itu, Musk kini jatuh ke tangga kedua di dalam senarai Bloomberg Billionaires Index dengan nilai bersih $183.4 bilion berbanding nilai terdahulu $210 bilion pada Januari.

Ini menjadikan pengasas Amazon.com Jeff Bezos kembali menduduki tempat pertama selaku individu paling kaya di dunia.

Berdasarkan laporan semasa, nilai Bitcoin mencatatkan penurunan nilai yang agak ketara, di mana 1 Bitcoin bersamaan dengan $49,822.90 (RM202 ribu).

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu kenyataan, Tesla membuat pertaruhan terhadap Bitcoin setelah mengemaskini polisi…
Berita Global
Namun, ternyata banyak halangan yang menjejaskan perancangan asal Tesla (salah COVID-19?) sehingga…
Berita Global
Beliau mengumumkan perkara tersebut menerusi laman web mikroblog Twitter di mana perincian lanjut…