Ducati Scrambler Nightshift 2021 - varian baharu dalam keluarga Scrambler 800

oleh Mohamad Hanif|
Untuk model tahun 2021, Ducati telah memperkemaskan penawaran model Scrambler 800 dengan membawakan sebuah varian baharu yang dinamakan sebagai Ducati Scrambler Nightshift.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Scrambler Nightshift direka untuk memenuhi keperluan mereka yang mahukan sebuah jentera bergerak yang penting dan dalam masa yang sama mengekalkan imej stail yang tersendiri.

 


Dari segi kelengkapan, Scrambler Nightshift didatangkan dengan warna Aviator Grey, pelana jenis rata ala Cafe Racer yang lebih selesa (tinggi 798 mm), bar hendal yang lurus, cermin sisi Cafe Racer dan tempat nombor pendaftaran stail Full Throttle.

Ia diserikan dengan penggunaan lampu indikasi LED depan dan belakang, serta rekaan rim bersaiz 18 inci hadapan dan 17 inci belakang dibaluti tayar Pirelli MT60.

 


Panel instrumen pula adalah jenis LCD berbentuk bulat yang ringkas dan  memaparkan indikasi tangki bahan api dan posisi gear semasa, serta turut menyokong Ducati Multimedia System.

Scrambler Nightshift hadir dengan enjin L-twin sejukan udara 803 cc yang menghasilkan 73 kuasa kuda @ 8,250 rpm dan 66 Nm yang masuk pada putaran enjin 5,750 rpm.

 


Aspek pengendalian terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik Kayaba 41 mm dipadankan dengan penyerap hentak belakang Kayaba dengan tetapan pra-muatan.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh dan cakera 330 mm hadapan, serta angkup omboh tunggal jenis terapung dan cakera 245 mm belakang yang dibantu dengan sistem Cornering ABS dua saluran.

 


Sementara itu, dua buah model Scrambler yang lain turut menerima warna baharu di mana Scrambler Icon kini mendapat warna sporti Ducati Red, manakala Scrambler Desert Sled pula hadir dalam warna Sparking Blue.

 


Sebuah lagi model Scrambler yang dilancarkan adalah Scrambler 1100 Dark PRO yang membawakan rekaan yang hampir serupa dengan model Scrambler 1100 yang lain, namun dengan layangan warna hitam matt dan elemen aluminium anodisasi untuk sesetengah bahagian.

Ducati Scrambler 1100 Dark PRO hadir dengan enjin L-Twin Desmodromic 1,079 cc yang menghasilkan 84.7 kuasa kuda @ 7,250 rpm dan 90.5 Nm daya kilas @ 4,750 rpm, sistem suntikan bahan api dan transmisi enam nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Itali itu menyatakan bahawa tahun 2022 mencatatkan jualan tahunan terbaik mereka…
Berita Global
Dari segi penampilan, ia membawakan penghormatan buat model asal Scrambler yang boleh dilihat…
Pelancaran Motosikal
Membawakan elemen rekaan yang bergaya dengan tempat duduk rata ala-ala Cafe Racer, Scrambler…