Ducati Scrambler Nightshift 2021 rasmi dilancarkan - bermula dari RM65,900

oleh Mohamad Hanif|
Ducati Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi model motosikal baharu Ducati Scrambler Nightshift dan boleh didapati di kesemua pusat pengedar sah Scrambler Ducati di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membawakan elemen rekaan yang bergaya dengan tempat duduk rata ala-ala Cafe Racer, Scrambler Nightshift hanya ditawarkan dalam warna tunggal Aviator Grey yang tampil seakan sebuah jaket kulit pada rangka keluli Trellis-nya.

 


Ia dikuasakan oleh enjin V-twin Desmodromic 803 cc sejukan udara yang menghasilkan kuasa setinggi 73 hp @ 8,250 rpm dan daya kilas 67 Nm @ 5,750 rpm yang memacu roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.

Ducati Scrambler Nightshift didatangkan dengan ketinggian pelana 798 mm, berat basah sekitar 196 kg, serta sistem suspensi yang terdiri daripada fork hadapan jenis terbaik Kayaba 41 mm, penyerap hentak tunggal Kayaba dengan tetapan pra-muatan.

 


Saiz rim pula adalah sebesar 17 inci yang dibaluti tayar Pirelli MT 60 RS bersaiz 180/55 R17, sementara sistem brek pula didatangkan dengan angkup empat omboh beserta rotor 330 mm, diikuti angkup omboh tunggal dengan rotor 245 mm di belakang.

Antara kelengkapan standard termasuklah unit lampu LED depan belakang, paparan LCD, storan bawah tempat duduk dengan soket USB, bar hendal aluminium posisi rendah, cermin sisi ala cafe racer, serta sistem brek ABS Cornering.

 


Harga jualan bermula dari RM65,900 tidak termasuk insurans serta cukai jalan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Itali itu menyatakan bahawa tahun 2022 mencatatkan jualan tahunan terbaik mereka…
Berita Global
Dari segi penampilan, ia membawakan penghormatan buat model asal Scrambler yang boleh dilihat…
Model Terbaharu
Scrambler Nightshift direka untuk memenuhi keperluan mereka yang mahukan sebuah jentera bergerak…