Syarikat motosikal Itali itu menyatakan bahawa tahun 2022 mencatatkan jualan tahunan terbaik mereka, dan merupakan pertama kali dalam sejarah syarikat itu berjaya melepasi angka 60 ribu unit jualan secara global.

Pada tahun 2022, Itali sendiri telah menjadi pasaran utama jualan Ducati dengan 9,578 unit motosikal terjual, ianya mencatatkan peningkatan sebanyak 10 % berbanding tahun 2021.
Manakala pasaran US di tempat kedua untuk jualan Ducati dengan 8,441 unit motosikal terjual, 6 % kurang berbanding 2021 dan pasaran Jerman di tempat ketiga dengan 6,678 unit motosikal terjual, catat peningkatan sebanyak 9 %.

Jualan Ducati pada tahun 2022 telah diterajui oleh model Multistrada V4 dengan 10,716 unit terjual secara global, model keluarga Monster juga mencatatkan jualan baik dengan 7,971 unit terjual, diikuti model Scrambler Ducati 800 dengan 6,880 unit terjual.
Selain pencapaian jualan terbaik, tahun 2022 juga menyaksikan Ducati sebagai 2 juara dunia dalam sukan permotoran motosikal iaitu MotoGP dan WorldSBK, ia juga merupakan kali pertama dalam sejarah apabila Ducati berjaya mencapai 2 gelaran juara dalam setahun.

Untuk tahun 2023, Ducati telah memperkenalkan 8 model baharu yang meluaskan lagi pilihan segmen motosikal mereka, antara model yang dinantikan ialah motosikal kembara berkuasa tinggi, Multistrada V4 Rally.
Diikuti model mereka yang memenangi "Most Beautiful Bike of the Show" pada acara EICMA iaitu Diavel V4, dan model Ducati Scrambler generasi kedua dengan peminatnya yang tersendiri.