Ducati Diavel V4 2023 diperlihatkan - nadi V4, 168 hp, 126 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi siaran World Premiere Episod 6 yang berlangsung pada 28 Oktober yang lalu, Ducati memperlihatkan sebuah model Diavel serba baharu yang dilengkapi dengan nadi Granturismo V4 bersesaran 1,158 cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia secara rasminya menggantikan peranan Diavel 1260 yang sebelum ini dilengkapi dengan nadi V-Twin 1,262 cc.

Nadi Granturismo V4 yang sebelum ini muncul buat kali pertama pada Multstrada V4 itu dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 168 hp @ 10,750 rpm dan daya kilas 126 Nm @ 7,500 rpm.
 

V4


Enjin itu juga turut menampilkan teknologi nyahaktif silinder bertujuan utnuk penjimatan bahan api dan pengurangan emisi terutama pada kelajuan rendah dan trafik berhenti.

Menurut Ducati, enjin ini juga mempunyai sela servis untuk setiap 57,936 km (36,000 batu), dua kali lebih panjang berbanding Diavel 1260.
 

V4


Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan terbalik boleh laras 50 mm dan penyerap hentak tunggal boleh laras sepenuhnya, sementara sistem brek pula terdiri daripada angkup Brembo Stylema dengan sepasang cakera 330 mm di hadapan.

Ketinggian pelana adalah sekitar 790 mm, dan secara standard, Diavel V4 didatangkan dengan pelindung pelana pembonceng.
 

V4


Ducati Diavel V4 baharu ini membawakan unit lampu LED sepenuhnya depan dan belakang, dengan sistem pencahayaan dinamik untuk unit DRL dan lampu membelok, serta motif huruf C berkembar yang turut dibawakan pada unit lampu belakang.

Ia turut didatangkan dengan skrin paparan TFT bersaiz lima inci yang lengkap dengan sambungan Bluetooth, multimedia, empat mod tunggangan (Sport, Touring, Urban & Wet), serta opsyen sistem navigasi dengan fungsi turn-by-turn.

Kawalan elektronik yang dimuatkan termasuklah cornering ABS, kawalan cengkaman, kawalan wheelie, kawalan jelajah, launch control serta Ducati Quick Shift.
 

v4


Antara aksesori yang bakal ditawarkan pada Diavel V4 termasuklah komponen billet aluminium dan gentian karbon, tempat sandar untuk penumpang belakang, serta kotak penyimpanan barang pada bahagian sisi.

Terdapat dua warna iaitu Ducati Red dan Thrilling Black.

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi baharu Scrambler kini didatangkan dengan gaya dan konsep yang telah diubah sepenuhnya…
Berita Global
Dinamakan sempena litar mendaki bukit yang terkenal di dunia, Multistrada V4 Pikes Peak dengan…
Pelancaran Motosikal
Menjanjikan lebih kuasa dan rupa yang lebih agresif, Ducati Streetfighter V4 2020 hadir dengan…