Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 - Multistrada yang terpaling sporti

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi episod ketiga Ducati World Premiere 2022, Ducati membawakan varaian Multistrada yang bukan sahaja paling berkuasa, malah ia juga merupakan model yang paling sporti pernah ditawarkan - Ducati Multistrada V4 Pikes Peak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sempena litar mendaki bukit yang terkenal di dunia, Multistrada V4 Pikes Peak dengan menampilkan replika liveri perlumbaan, serta penggayaan yang dikemaskini merangkumi cermin penghadang angin yang sengaja digelapkan, pelana dua tona dengan logo V4, serta logo Ducati Corse pada paruh depan.

Multistrada V4 Pikes Peak masih lagi mengekalkan enjin 1,158 cc Granturismo V4 yang menghasilkan angka output 170 hp dan daya kilas 125 Nm @ 8,750 rpm.
 

Multistrada


Namun, ia didatangkan dengan kelengkapan tambahan seperti sistem ekzos titanium, peredam karbon Akrapovic, serta penambahan mod tunggangan Race - pertama kali untuk keluarga Multistrada V4.

Saiz rim pula telah dikecilkan kepada 17 inci (berbanding 19 inci pada Multistrada V4) di mana kedua-dua roda mendapat rim aluminium tempa Marchesini dengan penjimatan berat 2.7 kg, dan menyumbang kepada pengurangan berat 4 kg secara keseluruhan.

Saiz tayar pula merangkumi 120/70 untuk tayar depan, dan 190/55 untuk tayar belakang.
 

Multistrada


Geometri stereng juga turut dikemaskini memandangkan saiz tayar baharu yang dilengkapkan pada Multistrada V4 Pikes Peak ini, sementara lengan ayun tunggal sisi pula merupakan ciri pertama yang dilengkapkan pada sebuah Multistrada V4.

Selain itu, sistem brek juga turut dipertingkatkan menampilkan angkup brek Brembo Stylema namun dengan pad brek perlumbaan yang diperoleh daripada superbike Panigale V4.

Posisi tunggangan Multistrada V4 Pikes Peak ini juga telah diubah, di mana ia bertujuan untuk memberikan tunggangan yang lebih sporti berbanding Multistrada V4, merangkumi tempat pemijak kaki yang lebih tinggi dan diposisikan ke belakang sedikit, diikuti dengan perubahan pada bar hendal yang lebih rendah.
 

Ducati


Ciri yang masih dikekalkan daripada Multistrada V4 S termasuklah sistem suspensi semi-aktif Ohlins, kawalan jelajah adaptif radar serta skrin TFT bersaiz 6.5 inci.