Ducati Streetfighter V4 2020 - 208 hp, 122.6 Nm! (harga dari RM93 ribu)

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Kawasaki baharu sahaja melancarkan model streetfighter Z H2, Ducati pula mengambil kesempatan dengan memperkenalkan sebuah model dengan nama Streetfighter V4 tahun 2020 pada acara Ducati World Premiere 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjanjikan lebih kuasa dan rupa yang lebih agresif, Ducati Streetfighter V4 2020 hadir dengan enjin Desmosedici bersesaran 1,100 cc yang mampu menghamburkan 208 kuasa kuda pada 12,500 rpm dan 122.6 Nm daya kilas pada putaran enjin 11,500 rpm.

 


Dengan berat bersih sekitar 178 kilogram, bayangkan bagaimana anda mahu mengawal kuasa sebesar itu di atas jalan raya!

Tidak cukup?

Anda boleh mencuba sebuah lagi varian Streetfighter yang lebih berkuasa, Ducati Streetfighter V4 S dengan 216 kuasa kuda!
 


Aspek tunggangan dan kawalan elektronik banyak berkongsi komponen yang sama dengan kembar tidak seirasnya Panigale V4, manakala model Streetfighter V4 S menggunakan sistem suspensi Ohlins Smart EC 2.0 yang sama didapati pada Panigale V4 S.

Rupa luaran yang agresif pada Ducati Streetfigher V4 ini juga turut disumbangkan dengan penggunaan empat unit winglet (!) berbanding dua unit pada sportbike Panigale V4 R.
 


Harga jualan Ducati Streetfighter V4 bermula dari €19,990 (RM93,189) manakala Ducati Streetfighter V4 S pula boleh didapati pada angka €22,990 (RM107,175). 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan sebuah Panigale V4 yang telah dibuang kerangka…
Berita Global
Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan kembar naked kepada jentera Ducati Panigale V4 dan…