Ducati mula produksi Scrambler 2023 - Pelbagai komponen baharu, 3 model, 9 pilihan warna

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam satu video Ducati World Premiere 2023 episod 7, ianya menampilkan model siri Scrambler nya yang kini sudah mula diproduksi di kilang pemasangan baharunya iaitu di Borgo Panigale, Itali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi baharu Scrambler kini didatangkan dengan gaya dan konsep yang telah diubah sepenuhnya berbanding generasi terdahulu.

Ianya merupakan sebuah motosikal yang lebih dinamik, mudah ditunggang dan selamat untuk kegunaan harian, dengan reka bentuk baharu yang menawan dan moden.

 

2

 

Unit pertama bagi produksi Scrambler generasi baharu itu telah disambut dalam satu acara istimewa yang diadakan di bangunan kilang pemasangan baharu Ducati iaitu Finitura e Delibera Estetica.

Ducati Scrambler generasi kedua itu juga didatangkan dengan tangki ikon baharu, dimana bahagian berwarna merupakan penutup yang boleh diganti dengan mudah, begitu juga dengan pelindung lumpur, tag rim dan penutup lampu depan.

 

3

 

Ianya memiliki tiga warna asas iaitu '62 Yellow, Thrilling Black dan Ducati Red, disertai oleh enam lagi warna iaitu Storm Green, Rio Celeste, Tangerine Orange, Jade Green, Sparkling Blue dan Velvet Red yang akan tersedia sebagai kit aksesori, untuk mencorakkan Ducati Scrambler baharu dalam sembilan liveri berbeza.

Dengan pengurangan berat sebanyak 4 kg, teknologi Ride by Wire dan kit aksesori Quick Shift, Ducati Scrambler generasi baharu kini menawarkan tunggangan yang lebih mudah dan selamat.

 

4

 

Bagi meningkatkan lagi ciri moden pada Scrambler 2023, ia turut didatangkan dengan teknologi Riding Modes, Ducati Traction Control dan paparan meter TFT bersaiz 4.3 inci.

Antara perubahan besar yang menyumbang kepada pengurangan berat ialah penggunaan kerangka trellis bersama kerangka belakang terpisah daripada kerangka utama.

 

4

 

Ducati Scrambler 2023 dikuasakan oleh enjin 803cc Desmodue L twin yang menghasilkan 73 HP dan 65 Nm, dimana ianya 2.5 kg lebih ringan berbanding enjin terdahulu.

Scrambler 2023 datang dengan 3 model iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan gaya tersendiri bersama keseronokan tunggangan dan kebolehan untuk menghadapi jalan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

 

Baca: Ducati Scrambler 2023

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…
Berita Global
  Enjin itu menghasilkan 73 kuasa kuda (hp) pada 8,250 rpm dan 65Nm pada 7,000 rpm dan 2.5…