Dua kanak-kanak wakili Malaysia untuk kejuaraan Hot Wheels di Manila!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejuaraan Akhir Hot Wheels peringkat nasional yang berlangsung tempoh hari di IOI City Mall Putrajaya berjaya menghasilkan dua orang pemenang yang bakal menjadi wakil negara di peringkat Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kejuaraan Hot Wheels Challenge Accepted peringkat Asia Tenggara untuk tahun 2019 akan disertai oleh pemenang-pemenang peringkat nasional yang telah berlangsung di 50 lokasi dari kelima-lima negara Asean yang mengambil bahagian.

Rafan dan Jasper bukan sahaja akan bertanding di Manila, mereka juga akan berpeluang menggunakan Hot Wheels Smart Track baharu yang akan dilancarkan tahun hadapan dan juga bersua dengan perekabentuk Hot Wheels dari US, Brendon Vetuskey.

 

 

 

Muhammad Rafan Tan Mohd Ruzaini dan Jasper Lim Yong Quan keduanya menjadi pemenang dalam kategori masing-masing.

Rafan ialah pemenang kebangsaaan untuk kategori 5-8 tahun (JR Division) sementara Jasper merangkul juara Malaysia untuk SR Division (9-12 tahun).

Keduanya akan menjadi wakil negara dalam kategori masing-masing yang bakal berlangsung pada Oktober kelak di Manila.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…