Dipenjara selepas rekod aksi sendiri menunggang motosikal dengan sebelah tangan pada kelajuan 300 kmsj

oleh HEZERI SAMSURI|
Anda mungkin rasa anda hebat kerana mengambil selfie di atas motosikal kapchai 150 cc anda.

Adam Campion, pemuda berusia 26 tahun dari UK akan hanya senyum sinis melihat gelagat anda kerana beliau mempunyai video yang dirakam sendiri menggunakan henfon yang dipegang dengan sebelah tangan, sambil menunggang motosikal itu pada keljuan 304 kmsj.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Polis juga menemui pelbagai lagi video Adam menunggang dengan cara merbahaya seperti melanggar lampu merah, menunggang di laluan bertentangan, menarik wheelie dan merempit di kawasan sibuk.

Beliau kini dipenjara selama 21 bulan dan pihak polis sedang membuat rayuan untuk hakim memanjangkan tempoh itu.

Dan oh ya, beliau juga ditangkap kerana memiliki motosikal curi.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan…
Berita Domestik
  Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu. Mengikut…