Lapan 'ulat parkir' haram dihukum penjara, denda

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook DBKL
Lapan individu termasuk lima warga asing yang terlibat kegiatan ulat parkir atau penjaga parkir haram sekitar pusat bandar dikenakan hukuman penjara serta denda oleh Mahkamah Majistret Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat.

DBKL menerusi hantaran di Facebook berkata, kesemua mereka ditahan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL menerusi Tindakan Khas Penjaga Parkir Tanpa Kebenaran (Ops Jaga) pada Khamis.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan Tengkat Tong Shin, Jalan Alor dan Jalan Raja Alang yang dikenal pasti lokasi tumpuan aktiviti menjaga dan mengutip wang parkir di kawasan awam.

"Operasi khas dijalankan bermula jam 12.30 tengah hari hingga 9.30 malam menahan tiga lelaki warga tempatan dan lima warga asing terdiri tiga warga India serta seorang Bangladesh dan seorang warga Myanmar.

"Kesemua mereka yang dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi (pendakawaan mahkamah/kertas siasatan).

"Pada Jumaat Mahkamah Majistret DBKL menjatuhkan hukuman penjara 30 hari kepada seorang individu, empat lagi dikenakan penjara 14 hari manakala tiga yang lain didenda," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Katanya, tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari dari masa ke semasa di lokasi tumpuan.

Ujarnya, sebarang aduan atau maklumat, orang awam boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawang https://adukl.dbkl.gov.my.

 

- Hukuman terlalu ringan sudah tentu akan ulang kembali kegiatan sebagai ulat parkir -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…
Informasi
."Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir…
Berita Domestik
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi…