Tipu tambah nilai TnG e-Wallet di tujuh stesen minyak, penganggur dipenjara dan denda

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari NSTP
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan 10 hari serta denda RM18,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis, atas kesalahan menipu pekerja tujuh stesen minyak berkaitan tambah nilai Touch 'n Go (TnG) eWallet.

Hukuman diputuskan Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman selepas tertuduh Mohd Faizal Sainal, 36, mengaku salah atas semua tujuh pertuduhan itu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan nombor pin tambah nilai TnG Ewallet bernilai RM100 hingga RM300 kepadanya sebelum dibayar hingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM1,300.

Kesalahan dilakukan antara 5 Oktober hingga 28 November lalu di tujuh stesen minyak berasingan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Mohd Faizal yang tidak diwakili peguam bela mengaku insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan, selain memohon hukuman denda minimum kerana tidak bekerja.

Nor Asnini bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kesalahan berulang dilakukan tertuduh terhadap mangsa berbeza, menunjukkan tiada kekesalan pada dirinya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di hadapan Hakim Sabariah, lelaki itu didakwa memperdaya bekas penyelia sebuah syarikat swasta…
Berita Domestik
Chuan Kian Voon, 46, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret…
Berita Global
Lee Price III telah menggunakan pinjaman daripada Paycheck Protection Program (PPP) untuk membeli…