Lelaki curi Honda City di pusat cuci kenderaan dipenjara setahun

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam pada Selasa.

Mohd Syazrul Yahya, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah mencuri kereta milik seorang wanita berusia 51 tahun itu, di sebuah pusat cuci kenderaan di Jalan Lengkuas, Seksyen 16 Shah Alam pada jam 8 malam, 20 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Marcus Low yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang minimum kerana perlu menyara bapa berusia 62 tahun.

“Tertuduh juga kesal dan insaf akan kesalahan yang telah dilakukan,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran mencadangkan, tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat bersalaman dengan pekerja premis, sebelum melarikan kenderaan tersebut.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan polis di Pokok Sena, Kedah pada jam 6.10 pagi, minggu lalu.

Menurut polis, siasatan mendapati mangsa menyerahkan kunci keretanya kepada suspek kerana menyangka dia pekerja premis berkenaan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan peranti yang bersesuaian seperti alat pengganggu isyarat dan alat duplikasi frekuensi,…