Demi pengguna lebuh raya lain, ada yang sanggup ambil risiko

oleh SALINA JALIL|
Tangkap layar memaparkan aksi seorang lelaki dibantu beberapa pengguna jalan raya sedang mengalihkan sebatang pokok yang menghalang laluan di sebuah lebuh raya
Sanggup merisikokan keselamatan diri demi pengguna lebuh raya yang lain.


Itu tindakan yang dilakukan seorang lelaki apabila dilihat cuba mengawal trafik di laluan sebuah lebuh raya selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang hampir separuh laluan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walaupun bahaya, tetapi demi keselamatan orang lain, lelaki tersebut dengan beraninya turun dari keretanya dan bertindak mengawal kenderaan yang melalui kawasan itu.

 

Aksi lelaki tersebut telah dirakam oleh isterinya, namun tidak dinyatakan lokasi tepat dan bila kejadian itu berlaku.

 

Menerusi klip video berdurasi 54 saat itu, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu mengawal lalu lintas dan membantu mengalihkan pokok yang menghalang laluan itu.

 

Rata-rata orang ramai memuji sikap lelaki terbabit bersama beberapa pengguna jalan raya yang lain yang bertungkus lumus mengawal dan membersihkan laluan.

 

“Terbaik pengguna jalan raya di Malaysia, sanggup gadai nyawa demi orang lain. Nak tunggu bantuan pihak konsesi lebuh raya mau ada yang kemalangan dulu,” tulis Azwan Majid.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut notis Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)…
Berita Domestik
  Lebih menarik, mereka hanya perlu mengeluarkan kos sekitar RM5,000 untuk menikmati ‘kemewahan’…
Berita Global
Dalam satu emel, GM menyarankan pemilik untuk meletakkan kereta di tingkat teratas lot parkir, atau…