Enam negeri berisiko banjir kilat dalam tempoh 24 jam

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Bernama
Enam negeri berisiko dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam, iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut notis Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikeluarkan pada 5 petang ini memaklumkan, kawasan terlibat di Johor ialah Tangkak sekitar Grisek, Batu Pahat (Sungai Punggor, Minyak Beku, Simpang Kanan, Bandar Penggaram, Peserai, Sri Gading, Tanjung Sembrong dan Simpang Kiri), Kota Tinggi (Johor Lama, Penggerang, Kota Tinggi dan Ulu Sungai Johor).

Daerah lain dan kawasan sekitarnya yang turut terlibat ialah Muar (Ayer Baloi, Sri Menanti, Ayer Hitam, Mukim Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dan Bandar Panchor), Pontian (Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Api-Api, Benut dan Sungai Pinggan) serta Kluang (Ulu Benut, Rengam dan Machap).

Di Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Bera sekitar Bera dan Triang, Maran (Chenor dan Kertau) serta Termeloh (Perak, Bandar Temerloh, Bangau, Sanggang, Lipat Kajang dan Jenderak) manakala di Melaka ialah Melaka Tengah (Umbai dan Telok Mas).

Sementara itu, di Perak daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Perak Tengah (Pasir Salak) dan Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Port Dickson di Mukim Si Rusa, Pekan Lukut, Pekan Jemima dan Mukim Jimah juga dijangka terjejas dari banjir kilat.

Di Selangor, kawasan diramal terjejas adalah Klang (Pekan Pandamaran, Klang, Bandar Klang, Kapar dan Pekan Kapar), Petaling (Damansara, Pekan Hicom, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam dan Sungai Buloh), Kuala Langat (Kelanang, Tanjong Duabelas, Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom dan Telok Panglima Garang) serta Kuala Selangor (Pasangan dan Pekan Bestari Jaya).

Notis kesiapsiagaan itu, dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut notis itu.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penguasa Kanan Bomba II, Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, 10 kereta turut terperangkap di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tempoh itu pihaknya menerima…
Berita Domestik
Ketika sedang bertugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu…