
Sejak 2021, Dacia giat memperkemaskan Spring sebagai contoh model 2023 dan terbaru versi pemanduan kanan buat pelanggan di United Kingdom (UK).
Tahukah anda berapa harga sempena pelancaran Spring? Bermula daripada 14,995 pound (RM89,434) dan meletakkannya sebagai EV paling mampu milik di UK.
Harga tersebut juga menempatkan Dacia di dalam senarai sepuluh kenderaan mampu milik di UK.
Spring ditawarkan dalam tiga varian dengan jarak pemanduan sehingga 220.5 kilometer (km) (kitaran gabungan WLTP) atau 299 km (kitaran bandar WLTP).

Spring Expression dibahagikan kepada dua iaitu versi 45 kuasa kuda (hp) atau 65 hp (48 kW) dan menariknya walaupun membawa beban bateri, berat keseluruhan tidak sampai satu tan.
Menggunakan pengecas 7 kW dan dari punca kuasa kediaman bersesuaian, bateri kompak 26.8 kWj boleh dicas dari 20 sehingga 100 peratus dalam tempoh kurang daripada 11 jam.
Pengecas dinding 7 kW pula hanya memerlukan empat jam.
Spring Expression 45 dan 65 dilengkapi perkakasan asas seperti meter digital tujuh inci, stereng dengan tinggi boleh laras dan butang kawalan, penghad kelajuan dan kawalan jelajah.

Turut dilengkapi sistem Kawalan Media dengan port USB, soket 12V, tingkap depan elektrik, penderia parkir belakang dan penyaman udara manual.
Lagi kelengkapan seperti penguncian berpusat kawalan jauh dan rim 15 inci (Expression 65).
Spring Extreme 65 pula lebih lengkap dengan riasan luar dan dalam tembaga, cermin sisi dan tingkap belakang elektrik, sistem multimedia Media Nav Live dan skrin 10 inci.
Varian teratas ini juga dilengkapi sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, dua port USB dan menariknya pengecas dua hala bagi menguasakan peranti luar.

Teknologi bantuan pemanduan terdiri daripada sistem pembrekan kecemasan dengan pengesanan kenderaan, pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.
Lagi teknologi seperti pengecaman isyarat jalan raya dengan peringatan kelajuan, bantuan parkir belakang, lampu berhenti kecemasan dan bantuan pengekalan lorong.
Turut tersenarai, amaran perhatian pemandu, peringatan penukaran lorong dan panggilan kecemasan (eCall).
Memudahkan pemandu, Spring dilengkapi butang My Safety untuk capaian dan tetapan ADAS dengan pantas.

Dari segi praktikaliti, walaupun nampak kecil ruang barang dengan kerusi belakang dilipat seluas 1,004 liter.
Selain itu, terdapat hampir 31 liter ruang simpan yang boleh didapati di ruang dalam kereta.
Varian dan harga Dacia Spring 2024:
- Expression Electric 45: GBP£14,995 (RM89,434)
- Expression Electric 65: GBP£15,995 (RM95,567)
- Extreme Electric 65: GBP£16,995.00 (RM101,542)
Penulis: Muhammad Md Tajudin
