Dacia Spring Electric, kereta elektrik dari jenama ekonomi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dacia adalah sebuah syarikat pengeluar kereta yang berasal dari Romania dan ditubuhkan pada 1966. Pada 2009, Dacia dimiliki Kumpulan Renault dan terus berkembang dengan jumlah pengeluaran pada 2018 mencecah 335,262 unit.

Fokus Dacia adalah mudah, tawarkan model dengan nilai yang baik untuk wang.

Hasilnya boleh dilihat melalui pengiktirafan industri seperti model kompak Sandero yang memenangi Best Value Car less than £10,000 oleh penerbitan What Car? selama lapan tahun berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dacia Spring Electric Concept

 

Model keluaran Dacia juga berjaya di mana dalam tempoh 15 tahun lebih 6.5 juta pelanggan di serata dunia telah Logan, Sandero dan Duster.

Walaupun dengan posisi sebagai jenama ekonomi, tidak bermakna Dacia mengabaikan teknologi dan trend terkini.

Terbaru Dacia mempertontonkan kereta konsep Spring Electric yang merupakan model elektriknya yang pertama dan juga langkah sulung dalam gelombang kenderaan sifar emisi.

Sebagai subsidiari sebuah syarikat mega, Dacia menggunakan pengetahuan sepuluh tahun yang dimiliki Kumpulan Renault di dalam bidang kenderaan elektrik.

 

Dacia Spring Electric

 

Sebagaimana falsafah Dacia, Spring Electric hadir dengan ciri ringkas dan boleh diharap.

Kereta ini boleh dipandu lebih daripada 199 km (standard ujian WLTP) dan sesuai digunakan di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Dari segi saiz, model ini begitu kompak dengan ukuran panjang 3.73 meter. Rekaan dan gayaan rugged menampakkan Spring Electric sebaris dengan kereta elektrik lain.

Tidak banyak yang dikongsikan Dacia mengenai model ini kecuali pengesahan berada di pasaran pada awal 2021 di beberapa pasaran terpilih.

Penulis: Muhammad Md Tajudin